Guardiola Diramal Pilih City

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 2:04 PM

(Ubah saiz teks)

MUNICH: Kontrak Pep Guardiola dengan Bayern Munich yang bakal tamat tidak lama lagi diramal tidak akan diperbaharui apabila pengendali dari Sepanyol itu dikatakan akan menyertai Manchester City.

Pandangan itu disampaikan bekas pengurus Bayern Munich, Ottmar Hitzfeld yang percayai Guardiola akan sudah membuat keputusan untuk bersama pasukan baharunya pada musim panas nanti.

Kontraknya yang tamat pada musim panas nanti dan Guardiola dikatakan mengimpikan untuk mengambilalih kerusi Manuel Pellegrini di City.

"Saya menjangkakan Pep akan meninggalkan Bayern kerana Manchester City terus memancingnya dengan tawaran menarik. Tidak ada alasan untuk menunggu sehingga hujung Disember untuk membuat keputusan," kata Hitzfeld.

Bagaimanapun, keputusan sama ada City bakal memecat Pellegrini masih menjadi persoalan terutama apabila kelab itu menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini. City juga bernasib baik dalam undian pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.

Pemecatan pengendali dari Chile itu mungkin berlaku jika pasukannya gagal merebut trofi kejohanan musim ini, sekali gus membuka peluang untuk Guardiola menyertainya.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan