Penjaga Gol, Firdaus Mohamed Tinggalkan Kedah

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 7:30 AM

Firdaus Mohamed.

(Ubah saiz teks)

“SAYA berterima kasih kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) khususnya Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe yang telah membimbing dan memberi peluang kepada saya sebagai penjaga gol utama pada perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu,” demikian luahan penjaga gol pinjaman skuad Helang Merah,  Firdaus Mohamed.

Firdaus selain itu turut menganggap dirinya bertuah kerana dapat merasai suasana perlawanan akhir Piala Malaysia ketika menentang Selangor walaupun hanya dipinjam daripada Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (PFA).

“Sekarang semuanya akan berubah, saya tidak ada pilihan lain kecuali kembali bersama pasukan Pulau Pinang.  Mereka mahu saya kembali membantu menghadapi saingan Liga Super musim 2016 setelah mengharungi Liga Premier bersama pasukan Kedah musim 2014 dan 2015.

"Saya telah menimba banyak pengalaman bersama pasukan Kedah selepas penjaga gol utama terpaksa menjalani pembedahan lutut. Sejak itu saya diamanatkan untuk jadi penjaga gol utama.

“Saya juga ingin meminta maaf kepada peminat setia skuad hiijau kuning kerana dilayangkan kad merah ketika beraksi pada perlawanan akhir, saya tidak ada pilihan lain ketika insiden itu berlaku dan saya tidak menyesal dengan keputusan menolak bola menggunakan tangan di luar kotak penalti,” jelas anak kelahiran Pulau Pinang itu.

Katanya, dia juga terhutang budi dengan jurulatih penjaga gol Kedah yang telah banyak membantu meningkatkan prestasi serta menambah keyakinan ketika bermain.

Firdaus turut yakin penjaga simpanan pada perlawanan akhir iaitu Syazwan Abdullah mampu menjaga gawang Kedah selepas ini.

“Sebaik sahaja meninggalkan Skuad Harimau Muda B, saya terus menyertai pasukan Kedah... banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi. Sebab itu juga pasukan Helang Merah akan terus berada di hati ini.

“Saya juga berterima kasih kepada ribuan peminat setia pasukan Kedah yang telah memberi sokongan dan terus menyokong saya walaupun mereka mengetahui saya adalah seorang pemain pinjaman selama setahun sahaja.

“Perlawanan bertemu Selangor adalah aksi terakhir saya bersama Kedah tetapi kalau diizinkan Allah... saya akan kembali satu hari nanti kerana begitu banyak kenangan saya bersama pasukan ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: KFA , Firdaus Mohamed

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan