Wenger Anggap Giroud Efisien, Pamer Prestasi Terbaik

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 1:41 PM

(Ubah saiz teks)

BIRMINGHAM: Prestasi terbaik Olivier Giroud membantu pasukannya mencapai kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa mendapat pujian pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Gol yang dihasilkan Giroud menerusi sepakan penalti pada minit ke lapan, sekali gus meletakkan Gunners di kedudukan teratas di Villa Park.

Sebelum itu, pemain antarabangsa Perancis itu melakar hatrik pertamanya ketika membenam Olympiakos 3-0 untuk mara ke pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara.

Setakat ini, Giroud  meledak 11 gol dalam 13 perlawanan terakhir bagi mendorong Arsenal memburu kegemilangan di pentas tempatan dan Eropah.

“Olivier kini berada pada prestasi terbaiknya. Walaupun ada masa kemampuannya dipersoalkan, tetapi semakin ramai yang menyedari dia adalah pemain yang bagus.

“Dia sangat efisien dan merupakan pemain penting untuk pasukan ini. Mental dia juga begitu mantap,” kata Wenger.

Selepas Giroud menyempurnakan sepakan penalti, pemain tengah Wales, Aaron Ramsey menyumbat gol kedua pada minit ke-38 bagi memberikan Arsenal kemenangan yang membolehkan mereka memintas Manchester City dan Leicester City.

“Minggu ini cukup hebat buat kami. Sebelum ini, saya telah mengharungi minggu yang buruk, jadi ia kini kembali seimbang.– AFP



Tags / Kata Kunci: Olivier Giroud , Arsenal , Aston Villa , Perancis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan