Liga Juara-Juara: Arsenal Diundi Menentang Barcelona

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2015 10:53 PM

(Ubah saiz teks)

UNDIAN kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara menyaksikan Arsenal bakal berdepan laluan sukar apabila diundi menentang Barcelona.

Ia ibarat mimpi ngeri buat anak buah Arsene Wenger.

The Gunners tidak pernah melangkah ke peringkat suku akhir sejak 2010.

Kedua-dua pasukan itu dijangka bertemu sesama sendiri pada awal tahun depan.

Sementara itu, Chelsea pula akan menentang juara Liga Perancis, Paris Saint-Germain yang berjaya menyingkirkan pasukan Jose Mourinho pada peringkat sama musim lalu.

Satu lagi pertembungan epik bakal menyaksikan Juventus menentang Bayern Munich.

Sebuah lagi kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City diundi menentang Dynamo Kiev dalam usaha menempah tiket ke kelompok lapan pasukan terbaik.

Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid pula akan berdepan Roma.

Satu lagi undian menyaksikan Gent bakal melayan kunjungan kelab Jerman, Wolfsburg manakala PSV Eindhoven akan menentang Atletico Madrid.

Benfica pula akan bersaing dengan Zenit St Petersburg untuk mara ke kelompok lapan pasukan terakhir pada kejohanan berprestij dunia ini.

Berikut adalah keputusan undian penuh 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara:

Gent lwn Wolfsburg

Roma lwn Real Madrid 

Paris Saint-Germain lwn Chelsea 

Arsenal lwn Barcelona
 
Juventus lwn Bayern Munich 

PSV Eindhoven lwn Atletico Madrid 

Benfica lwn Zenit St Petersburg 

Dynamo Kiev lwn Manchester City


Tags / Kata Kunci: Liga Juara-Juara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan