Final Piala Malaysia: Sandro Da Silva Nak Jadi Orang Kedah

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

"SAYA mahu mengakhiri karier bermain bola sepak bersama Kedah, tapi sebelum itu saya ada tugas untuk memastikan kita menjuarai Piala Malaysia musim ini," jelas penjaring terbanyak skuad Helang Merah, Sandro Da Silva.

Pemain dari Brazil itu berkata, dia sekeluarga teruja dan gembira tinggal di Kedah, malah tidak berdepan masalah bergaul dengan masyarakat tempatan yang juga peminat setia bola sepak.

"Saya terharu dengan sambutan yang diberikan setiap kali Kedah beraksi di Stadium Darulaman ataupun bertandang ke galanggang lawan. Inilah yang membuat saya jatuh cinta terhadap pasukan Kedah.

"Carlos Roberio (ejen) yang membawa saya ke Kedah memberitahu tentang sambutan dan kemesraan rakyat Malaysia... tapi ketika itu saya tidak percaya. Tetapi setelah merasainya sejak April lalu kini saya begitu keberatan meninggalkan negeri ini dan kalau boleh saya mahu beraksi bersama pasukan Hijau Kuning selama mana mereka mahukan khidmat saya," kata Sandro.

Jelasnya, hari ini merupakan masa terbaik dalam kariernya untuk mendapatkan kejuaraan terbesar setelah berjaya menjuarai Liga Premier dan layak ke perlawanan akhir bersama Kedah.

"Bagi saya, Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe merupakan seorang yang pandai mengambil hati pemain serta menyediakan kami dengan taktik dan corak permainan yang tepat untuk mengatasi lawan khususnya ketika berdepan lawan daripada Liga Super.

"Saya yakin dengan kemampuan kami untuk mengatasi cabaran Selangor yang sudah menjuarai Piala Malaysia sebanyak 32 kali sebelum ini, tetapi kami juga mahu memenangi perlawanan malam ini selepas kali terakhir 2008," kata Sandro.

Katanya, barisan pemain Kedah seperti Bang Seung Hwan, Khyrul Helmi Johari, Liridon Krasniqi, Syazwan Zainon, Baddrol Bakhtiar dan Chidi Edeh mampu memastikan penantian selama tujuh tahun lalu di noktahkan malam ini.

Tags / Kata Kunci: Piala Malaysia , Brazil , kedah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan