Man United Perlu Raih Gelaran Atau Van Gaal Harus Berundur

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2015 8:14 AM

Louis Van Gaal. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

WUJUD desakan supaya menyingkirkan Louis van Gaal selepas kegagalan Manchester United melayakkan pasukan itu dalam Liga Juara-Juara, baru-baru ini.

Menurut Mirror memetik kolum bekas pemain Manchester United, Robbie Savage, sekiranya Van Gaal tidak mendapatkan gelaran buat pasukan itu pada musim ini, beliau nampaknya terpaksa memikirkan untuk keluar dari kelab Red Devils.

Bagi Savage, kemenangan dalam Piala FA bukan memadai. Setidak-tidaknya bukan sekarang, bukan selepas Manchester United gagal melayakkan dalam saingan kumpulan B Liga Juara-Juara selepas ditewaskan oleh Wolfsburg.

Lupakan juga tentang Liga Europa, kerana terlalu banyak pasukan yang lebih bagus dalam saingan itu. 

Manchester United tidak cukup cemerlang untuk memenangi gelaran tersebut.

Bagi Savage, pertimbangan terhadap Van Gaal adalah mudah, sama ada mendapat gelaran musim ini atau pengurus Manchester United itu harus berundur.

Menurut Savage, beliau bukan menyokong tentang pemecatan pengurus, bukan di tengah musim atau mana-mana keadaan, tetapi beliau menyedari sudah banyak yang memadai buat penyokong Manchester United.

Kegagalan Manchester United bukan dalam perlawanan Liga Juara-Juara di Wolfsburg, kerana sekurang-kurangnya pasukan itu kalah dengan 2-3. 

Namun terikat seri dengan PSV Eindhoven di kubu sendiri Old Trafford yang menyaksikan kegagalan Manchester United.


Tags / Kata Kunci: Louis Van Gaal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan