Marcote Sedia Serah Kembali Tugas Jurulatih Kepada Cheng Ho

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 5:25 PM

Marcote (putih) memerhatikan pemain-pemainnya menjalani latihan menjelang aksi final bertemu Selangor pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemangku ketua jurulatih Kedah, Ramon Marcote sudah bersedia menyerahkan semula tugas kepada Tan Cheng Hoe bagi mengemudi pasukan Helang Merah pada akhir Parcoteiala Malaysia menentang Selangor di Stadium Shah Alam pada Sabtu.

"Jika Tan (Cheng Hoe) di sini, ya Tan, dia akan (mengetuai pasukan). Tan ada pada masa akhir, bagi saya tugas saya sudah selesai. Sekarang kami memberi tumpuan kepada perlawanan itu.

"Permainan ditumpukan kepada pemain, bukan jurulatih. Hanya para pemain sahaja yang boleh memenangi perlawanan, bukan jurulatih," katanya kepada para pemberita selepas sidang media menjelang akhir Piala Malaysia di sini pada Jumaat.

Tan meninggalkan tugas mengendali pasukan Kedah bermula peringkat suku akhir Piala Malaysia bagi mengikuti siri kursus lanjutan kejurulatihan di China.

Tugas beliau telah diambil alih oleh Marcote yang menyaksikan juara Liga Premier itu mencatat keputusan memberangsangkan sehingga layak ke akhir Piala Malaysia tahun ini.

Bagaimanapun Marcote menegaskan bahawa ia tidak tidak menjadi persoalan kerana beliau sering berhubung dengan Tan bagi memaklumkan perkembangan skuad Kedah.

Tan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pukul 6.30 petang Jumaat dari China dan akan bersama pasukannya pada perlawanan akhir esok.

Sebagai rekod Kedah menjuarai Piala Malaysia selepas mengalahkan Selangor di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 2008.

Tags / Kata Kunci: Ramon Marcote , Tan Cheng Ho , Kedah

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan