Liga Juara-Juara: Arsenal Mungkin Ada Tuah Tahun Ini

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 7:40 AM

Arsene Wenger

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Arsenal Arsene Wenger bangga dengan skuad asuhannya yang tampil luar biasa untuk merebut satu tempat di kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara.


"Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini akan menjadi kisah kemaraan terbesar," kata Wenger sebaik sahaja Arsenal mengalahkan Olympiakos di Athena, awal pagi Khamis.

Sebelum pertandingan, Arsenal masih berada di tempat ketiga Kumpulan F dan harus mencari sekurang-kurangnya dua gol di atas Olympiakos.

"Kami mampu mara. Mungkin ini tahun bertuah bagi kami di Liga Juara-Juara. Siapa tahu?" kata Wenger.

Setakat ini, Arsenal belum pernah sekali pun menjuarai liga ini.

"Saya harus katakan bahawa saya sangat berbangga dengan pasukan ini kerana kami harus bertindak tepat dari segi mental dan taktik.

"Pada kedudukan 2-0, kami masih perlu bertungkus-lumus mencari gol ketiga, kerana terlalu berbahaya jika kedudukan masih 2-0."

"Dalam tempoh tiga minggu terakhir, kami kehilangan Coquelin, Cazorla dan Sanchez yang cedera. Tak ramai yang meramalkan kami punya peluang. Namun kami pasukan yang kuat dan anda boleh melihatnya hari ini."

"Mampu menjaringkan gol tanpa balas bukan hal mudah. Ini malam istimewa untuk kami. Kami perlu melakukan sesuatu yang istimewa. Mereka telah mencipta kenangan positif di pengakhiran musim."
Tags / Kata Kunci: Liga Juara-Juara , Arsenal , Arsene Wenger

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan