Kurang Dua Jam, Tiket Final Piala Malaysia Habis Dijual

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 3:10 PM

Penyokong Selangor membanjiri perkarangan Stadium Shah Alam sejak pagi bagi mendapatkan tiket ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 antara Selangor dengan Kedah pada 12 Disember ini ketika tinjauan fotoBERNAMA, Khamis. Jualan tiket bermula Khamis dengan kuota 30 ribu dan dua ribu bagi kanak-kanak. Tiket dijual pada harga RM40 dewasa dan RM5 kanak-kanak. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kehangatan final Piala Malaysia antara naib juara Liga Super, Selangor dan juara Liga Perdana, Kedah di Stadium Shah Alam, Sabtu ini semakin dirasai apabila 31,000 keping tiket bagi setiap pasukan habis dijual kurang dua jam sebaik kaunter tiket dibuka pada 10 pagi di kedua-dua negeri.

Tinjauan Bernama di Stadium Shah Alam mendapati sebahagian besar penyokong Selangor yang tiba seawal 8 pagi terpaksa pulang hampa setelah 31,000 keping tiket habis dijual oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sehingga menimbulkan kemarahan mereka, namun berjaya diredakan oleh anggota keselamatan yang bertugas.

Seorang penyokong Selangor yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Nazril, 32 dari Banting, meluahkan rasa kecewa terhadap cara penjualan tiket oleh FAS yang disifatkannya sebagai 'berat sebelah' dan mendakwa tiket turut dijual kepada penyokong Kedah yang bekerja di Selangor.

Beliau yang tiba seawal 8 pagi mendakwa FAS hanya membuka beberapa kaunter tiket sahaja sehingga menyebabkan orang ramai bersesak-sesak untuk mendapatkan tiket perlawanan final.

Sehubungan itu, beliau meminta FAS supaya mengubah sistem penjualan tiket termasuk memeriksa kad pengenalan pembeli bagi memastikan penyokong skuad Gergasi Merah sahaja yang dibenarkan membeli tiket perlawanan di sini pada masa akan datang.

"Kecewa itu memang kecewa tapi apa saya hendak buat.Saya datang awal dalam pukul 8 pagi tapi apabila hendak membeli tiket, ia sudah habis dijual. Saya sanggup datang jauh dari Banting semata-mata ingin membeli tiket untuk kawan serta adik beradik saya, namun saya agak kecewa kerana tiket sudah habis," kata Mohd Nazril yang bekerja sendiri.

Pandangan sama turut disuarakan oleh rakannya Rafiq Yunos, 20, dari Banting dengan meminta FAS hanya menjual tiket kepada penyokong Selangor sahaja.

"Kami anak jati Selangor tapi tidak dapat membeli tiket, itu yang kami rasa agak tidak berpuas hati. Saya dan beberapa rakan yang lain begitu bersemangat untuk datang ke sini awal pagi lagi untuk membeli tiket tapi sekali datang, tiket sudah habis...siapa yang tidak kecewa," kata Rafiq yang turut bekerja sendiri.

Tinjauan Bernama di lobi Stadium Malawati yang merupakan tempat penebusan tiket dalam talian agak sibuk pada sebelah pagi namun keadaan kembali lengang apabila menjelang petang.

Seorang penjual tiket berkenaan, Elmy Ismail berkata sehingga pukul 1.30 tengah hari, dianggarkan hampir 3,000 daripada 10,000 keping tiket sudah ditebus oleh penyokong yang membuat pembelian secara dalam talian.

Dalam pada itu, Penolong Setiausaha FAS, Raja Restam Azhar Raja Jaafar yang ditemui Bernama menafikan dakwaan segelintir penyokong Selangor bahawa pihaknya hanya membuka beberapa buah kaunter tiket di Stadium Shah Alam.

"Kita membuka hampir 21 kaunter dan setiap pembeli dibenarkan membeli maksimum lima keping. Kita memulakan penjualan tiket tepat pada pukul 10 pagi dan kaunter tiket ditutup pada pukul 11.40 pagi kerana kesemua 31,000 keping tiket yang diperuntukkan kepada kita sudah habis dijual," katanya.

Di ALOR SETAR, sejumlah 31,000 keping tiket termasuk 1,000 keping tiket khusus untuk kanak-kanak turut habis dijual tidak sampai dua jam kaunter tiket dibuka di Stadium Darul Aman dibuka.

Bercakap pada sidang media, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Shaharol Niza Omar berkata, empat kaunter tiket termasuk satu kaunter khas untuk kanak-kanak dan wanita dibuka  bagi memudahkan penyokong skuad Helang Merah mendapatkan tiket masing-masing dengan lebih tersusun.

Beliau pada masa yang sama mengesahkan pihaknya turut mengenal pasti ulat tiket yang didakwa cuba mendapatkan tiket final menggunakan kuota rombongan bas.

"Kita kenal pasti ulat tiket menerusi permohonan kuota untuk rombongan bas dengan menghantar permit bas palsu. Sebanyak sepuluh permohonan palsu kita batalkan dan individu yang berbuat demikian, kita senarai hitam nama mereka," kata Shaharol.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan