20 Tahun Menanti, Pengurus Kedah Mahu Juarai Piala Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

WALAUPUN sudah lama berkhidmat bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), namun tahun ini pengurus pasukan Kedah Datuk Jeffery Low Han Chow mahu mencatatkan sejarah disenarai antara pengurus yang berjaya membawa skuad Helang Merah menjuarai Piala Malaysia pada Sabtu ini.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Cina itu, sejak lebih 20 tahun lalu, beliau berjaya menikmati pelbagai kejayaan sebagai timbalan presiden dan ahli jawatankuasa KFA.

Bagaimanapun sejak dilantik sebagai pengurus bermula 2013, beliau hanya berjaya mencipta kejayaan pertama apabila Kedah bergelar juara Liga Premier musim ini.

"Saya mahu anak buah saya memenangi perlawanan bertemu Selangor pada perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini kerana kini sudah tiba masa untuk barisan pemain Kedah membalas segala jasa baik KFA kepada mereka sejak awal musim ini.

"Saya yakin dengan kemampuan yang ada pada pemain, tidak ada sebab mengapa mereka tidak mampu mengatasi lawan Sabtu ini selepas berjaya mengharungi peringkat kumpulan dan separuh akhir menentang pasukan Liga Super.

"Semangat barisan pemain Kedah ketika ini memang tinggi dan keyakinan mereka juga turut menggunung setelah melepasi perlawanan separuh akhir mengatasi Felda United dan kini hanya tinggal satu langkah sahaja lagi untuk menjuarai Piala Malaysia musim ini," kata Jeffery.

Katanya, pertemuan dengan Selangor adalah yang pertama kali pada musim ini dan kedua-dua pasukan tidak mengetahui kelemahan dan kekuatan masing-masing.

"Pasukan mana yang mampu beraksi seperti biasa dan mengatasi debaran perlawanan akhir, saya yakin mereka mampu mencatatkan kemenangan.

"Barisan pemain Kedah mengetahui Stadium Shah Alam adalah stadium bagi pasukan Selangor yang beraksi sebagai tuan rumah pada perlawanan musim ini,  tetapi ia tidak menjadi masalah kerana Kedah pernah mengecewakan lawan sama pada tahun 2008.

"Kami tidak menjadi pasukan pilihan dan ini bukan masalah kerana beraksi sebagai pasukan bukan pilihan akan menjadi motivasi untuk pemain saya bangkit membuktikan kewibawaaan mereka," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Piala Malaysia

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan