"Kami Tak Bernasib Baik" Kata Van Gaal Selepas Dimalukan Di Wolfsburg

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 8:14 AM

Louis van Gaal. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

LOUIS van Gaal mengakui beliau sukar memahami keputusan pasukannya Manchester United tewas di tangan Wolfsburg dengan 2-3 sehingga tersingkir dari Liga Juara-Juara.

Man United hanya sempat sempat menyamakan kedudukan 2-2 menerusi gol 'bunuh diri' oleh pemain Wolfsburg, Josuha Guilavogui pada minit ke-82.

Namun hanya dua minit selepas itu, Naldo memberikan gol ketiga buat Wolfsburg.

"Keputusan ini sukar untuk difahami. Saya harus menganalisis apa yang terjadi," kata Van Gaal.

"Saya harus mengatakan bahawa kami tidak begitu bernasib baik pada perlawanan kali ini," katanya.

Keputusan itu Man United gagal untuk ke pusingan seterusnya dalam Liga Juara-Juara. 

Malah mereka turun kepada kedudukan ketiga dalam saingan B, dan PSV Eindhoven mengambil alih pada posisi kedua.

Dalam pada itu, Van Gaal turut meluahkan bahawa saingan Kumpulan B semenangnya bukan satu perkara yang mudah untuk ditanganil.

"Saya sudah katakan sebelum ini bahawa kumpulan (B) ini begitu mencabar. Anda boleh lihat apa yang terjadi pada pasukan-pasukan yang bersaing. Saya telah memaklumkan perkara ini kepada pemain," katanya.

Kegagalan ini merupakan kali keempat Man United tersingkir dalam fasa saingan kumpulan dalam Liga Juara-Juara.

Tags / Kata Kunci: Louis Van Gaal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan