Liga Juara-Juara: Wolfsburg Akan Pastikan Man United Sukar Menang - Bola Sepak | mStar

Liga Juara-Juara: Wolfsburg Akan Pastikan Man United Sukar Menang

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2015 7:36 AM

Dieter Hecking. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Wolfsburg, Dieter Hecking berkata, beliau akan memastikan Manchester United sukar untuk memenangi perlawanan Liga Juara-Juara semasa menentang pasukannya pada awal pagi Rabu.

Sehingga ke hari ini belum ada satu pasukan pun yang memasuki ke babak seterusnya bagi Liga Juara-Juara mewakili Kumpulan B.

Wolfsburg, Manchester United dan PSV Eindhoven masih berpeluang untuk mara, namun hanya CSKA Moskva yang sudah pasti tersingkir dan hanya berjuang untuk mendapatkan tiket bermain di pentas Liga Europa.

Wolfsburg akan bertarung dengan Man United di Volkswagen Arena, awal pagi Rabu.

Pasukan itu hanya memastikan ia memperoleh keputusan berimbang, sedangkan Man United harus menang untuk mara ke peringkat seterusnya dalam Liga Juara-Juara.

"Ini tidak akan menjadi pertandingan mudah bagi Manchester United. Yang membuatkan ia sukar bukan hanya ia merupakan pasukan tamu buat mereka, tetapi kedudukan mereka dalam kumpulan juga sukar," kata Hecking.

Setakat ini, Wolfsburg mengungguli Kumpulan B Liga Juara-Juara dengan sembilan mata, manakala Man United mencatatkan lapan mata.

PSV Eindhoven dan CSKA Moskva masing-masing dengan tujuh dan empat mata.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan