Liverpool Tewas Di Gelanggang Lawan

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2015 7:22 AM

Wijnaldum menjaringkan gol kemenangan pada minit kecederaan.

(Ubah saiz teks)

GEORGINIO Wijnaldum muncul wira Newcastle selepas membantu pasukan tuan rumah menewaskan Liverpool 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Saint James Park, Newcastle, awal pagi Isnin.

Namun, nasib menyebelahi pasukan tuan rumah apabila mendahului pada minit ke-69 selepas Martin Skrtel menjaringkan gol ke gawang sendiri.

Wijnaldum yang menjaringkan empat gol untuk Newcastle pada kemenangan terakhir dalam aksi EPL di gelanggang sendiri, menyumbat masuk gol kemenangan pada minit kecederaan.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menurunkan Christian Benteke untuk memperkuat jentera serangan di samping Daniel Sturridge dan Divock Origi namun gagal membolosi gawang lawan.

Kedua-dua pasukan melakukan serangan bertali-arus sehingga kesilapan Skrtel membuka ruang kepada pasukan tuan rumah untuk mendahului pada babak kedua sebelum memenangi perlawanan itu.

Ia adalah kekalahan pertama Liverpool di gelanggang lawan semasa di bawah pimpinan Klopp.

Liverpool kini menduduki tangga ketujuh dengan mengumpul 23 mata daripada 15 perlawanan.

Newcastle pula dalam kelompok tiga pasukan tercorot liga dengan hanya mengutip 13 mata daripada 15 perlawanan.



iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan