Piala Malaysia 2015: Selangor-Kedah Ulangi Pertemuan Akhir 2008

Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2015 10:47 PM

Pemain pasukan Felda United, Fernandes Thiago (tengah) diasak dua pemain pertahanan Kedah pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman pada Ahad malam. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedah dan Selangor mengulangi perlawanan akhir Piala Malaysia 2008 selepas kedua-dua pasukan meraih kemenangan pada aksi separuh akhir kedua pada Ahad malam.

Kedua-dua pasukan ini melangkah ke saingan akhir selepas tujuh tahun yang menyaksikan Selangor tewas 3-2 kepada Kedah pada aksi tersebut.

Pada aksi separuh akhir kedua ini, Selangor menewaskan juara bertahan Pahang di laman sendiri dengan jaringan 2-0 dengan menguasai permainan sejak awal permainan.

Manakala Kedah menggunakan peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri dengan mencatat keputusan 2-1 (agregat 4-3) biarpun Felda United membuka jaringan awal permainan.

Namun, juara 2008 itu bangkit menyamakan kedudukan, sebelum menambah satu lagi jaringan pada babak kedua permainan.

Keputusan itu sekaligus memadam hasrat Felda United untuk mara ke final Piala Malaysia buat julung kalinya.

Perlawanan akhir bakal berlangsung pada 12 Disember ini di Stadium Shah Alam.

Tags / Kata Kunci: Final Piala Malaysia 2015

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan