Chelsea Kalah Lagi, Mourinho Ubah Sasaran

Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2015 7:29 AM

(Ubah saiz teks)

KEKALAHAN Chelsea ke atas Bournemouth di Stamford Bridge membuatkan Jose Mourinho terpaksa melihat semula sasaran pasukannya yang mahu menduduki kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Mourinho kini mahu lebih realistik, bahawa impian tersebut tidak akan tercapai.

Bournemouth berjaya memalukan juara bertahan di kandang mereka sendiri menerusi gol tandukan Glenn Murray, cukup untuk memusnahkan harapan Chelsea meraih tiga mata penuh.

Bukan itu sahaja, harapan The Blues untuk meraih posisi keempat juga mula pudar.

Berdepan situasi ini, Mourinho nampaknya mula gundah dengan kedaan yang menimpa skuad bimbingannya, kerana ia adalah kekalahan kelapan mereka di liga.

Lantas bekas jurulatih Real Madrid itu mengatakan bahawa mereka harus mengubah target untuk akhir musim.

“Sasaran kami adalah untuk menyelesaikan musim ini di kedudukan keempat. Sebelum perlawanan ini, target tersebut cukup realistik.

"Kualiti yang kami miliki mampu membawa kami keluar daripada keadaan ini, tapi mungkin sekarang kita harus berfikir tentang tempat keenam.

“Jika pemain kami tidak boleh memberikan hasil maksimum setiap hari, itu tidak menjadi masalah. Jika anda membuat analisis perlawanan, ada beberapa lapisan di mana sukar untuk bermain secara konsisten, dan anda akan berfikir tentang evolusi,” ungkap Mourinho.
 
Anak didik Mourinho kini mula mengalihkan perhatian mereka terhadap perlawanan menentang Porto tengah minggu ini, kerana mereka masih berharap memiliki peluang untuk memastikan pasukan itu tidak tersingkir di Liga Juara-Juara.
Tags / Kata Kunci: Chelsea , Jose Mourinho

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan