Ronaldo Dituduh Jalin Hubungan Sejenis Dengan Peninju

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2015 9:12 AM

Ronaldo (kanan) dan Hari semasa kunjungan bintang Real Madrid itu ke Maghribi.

(Ubah saiz teks)

BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo didakwa menjalinkan hubungan sejenis dengan seorang kickboxer warga Maghribi.

Menurut portal Mail Online, dakwaan tersebut timbul selepas beberapa media Sepanyol melaporkan Ronaldo sering membuat kunjungan ke Maghribi untuk berjumpa dengan peninju, Badr Hari.

Pemain kelahiran Portugal itu terkenal dengan hubungannya sebelum ini bersama supermodel namun baru-baru ini beliau dikatakan sering mengadakan pertemuan dengan Hari.

Dakwaan berkenaan turut mencetuskan satu diskusi di saluran televisyen Perancis mengenai apakah yang dilakukan oleh pemain bola sepak pada masa lapang.

Salah seorang penganalisis, Daniel Riolo yang menyatakan dalam program televisyem itu berkata: "Apa yang saya berminat ialah apa yang dilakukan pemain di atas padang, sama ada aktiviti sampingan mereka mungkin memberi kesan.

"Ambil contoh Cristiano Ronaldo, saya pasti terbang ke Maghribi sebanyak tiga sehingga empat kali seminggu untuk berjumpa seorang teman dan memeluk temannya itu mungkin akhirnya memberi kesan kepada prestasi beliau."

Menurut media Extra Cofidencial, kunjungan Ronaldo berulang kali ke Rabat di Maghribi itu turut mencetuskan kebimbangan bos kelab bola sepak itu kerana ia boleh memberi kesan kepada prestasi beliau.

Ronaldo mempunyai sebuah jet peribadi yang berada di Pangkalan Udara Torrejon, Sepanyol yang membolehkan beliau pergi ke luar negara pada bila-bila masa.

Beliau didakwa menggunakan jet peribadi berkenaan untuk menerbangkannya ke Maghribi selepas latihan dan kembali semula ke Sepanyol pada hari yang sama bagi membolehkan beliau menjalani latihan keesokan hari.

Pemain berusia 30 tahun itu pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa model termasuk seorang bintang warga Rusia, Irina Shayk.

Bagaimanapun, kunjungannya ke Maghribi berulang kali itu dikatakan menjadi punca kebimbangan buat Real Madrid.


Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Badr Hari

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan