Piala Malaysia: Tiada Ramuan Istimewa, Pemain Kedah Perlu Fokus

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2015 2:54 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Tiada strategi istimewa sebaliknya pemain Kedah perlu lebih fokus untuk menang ke atas pasukan Felda United pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, esok (Ahad).

Pemangku Jurulatih Kedah, Ramon Marcote berkata pemain perlu memperbaiki kesilapan lepas dan mengikut strategi yang diatur bagi memastikan pasukannya melangkah ke peringkat akhir.

Beliau berkata benteng pertahanan skuad Helang Merah perlu dibaiki agar tidak bolos dengan begitu mudah serta mengawal setiap pemain berbisa mereka terutamanya Thiago Augusto Fernandes dan Indra Putra Mahayuddin.

"Apa yang penting pemain jalankan tugas sepanjang 90 minit perlawanan dan tidak perlu fikir mengenai kekuatan yang dimiliki pasukan lawan (Felda United).

Saya mahu mereka bermain seperti biasa kerana pasukan kita lebih baik dari lawan," katanya kepada pemberita ketika sesi latihan di Stadium Stadium Darul Aman.

Beliau yang juga Jurulatih Kecergasan berkata kesemua pemain utama termasuk Badrol Bakhtiar, Chidi Edeh, Sandro Da Silva dan Liridon Krasniqi berada pada tahap kecergasan terbaik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ramon Marcote berkata Badrol Bakhtiar yang digantung perlawanan pada Rabu lepas selepas menerima dua kad kuning pada perlawanan sebelum ini akan diturunkan pada perlawanan esok bagi memperkukuhkan jentera serangan pasukan itu.

"Badrol pemain penting dalam pasukan kita dan kita akan lakukan yang terbaik di hadapan penyokong setia pasukan Kedah," katanya.

Katanya beliau setiasa berhubung dengan Ketua Jurulatih pasukan itu, Tan Cheng Hoe yang kini berada di China untuk bertukar pandangan serta mengatur pelbagai strategi pasukan dalam usaha melangkah ke peringkat akhir.

Tan kini berada di China bagi mengikuti kursus kejurulatihan lanjutan lesen A dan akan kembali pada 11 Dis ini sekiranya pasukan Kedah berjaya melangkah ke peringkat akhir Piala Malaysia.

Sementara itu Ketua Pasukan Kedah Khairul Helmi Johari berkata sokongan daripada penyokong setia pasukan mampu melonjakkan semangat kepada mereka pada perlawanan esok.

Beliau berkata mereka akan lebih fokus terhadap semua pemain Felda United agar tidak memberi peluang kepada mereka untuk menjaringkan gol.

"Kami akan beri yang terbaik untuk perlawanan kali ini dan akan perbaiki kesilapan yang dilakukan baru-baru ini," katanya.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Rabu lepas, Kedah terikat 2-2 dengan Felda United, memberi kelebihan kepada pasukan Kedah yang membawa dua gol dari tempat lawan dalam aksi timbal balik di Stadium Darul Aman, esok.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Felda United

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan