Guillermo Varela Disenaraikan Dalam Skuad Utama Man United

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2015 10:47 AM

(Ubah saiz teks)

PEGENDALI Manchester United, Louis van Gaal menyenaraikan Guillermo Varela dalam skuad utama kelab itu yang akan menentang West Ham pada Sabtu.

Pemain kebangsaan Uruguay berusia 22 tahun itu berhijrah ke United pada 2013 dan bermain untuk pasukan Zinedine Zidane iaitu Real Madrid Castilla pada tahun lalu menerusi pinjaman.

Bagaimanapun Varela dirakam memasuki hotel yang menjadi lokasi pemain United melapor diri sebelum menentang West Ham.

Varela dinamakan dalam skuad utama selepas Marcos Rojo turut mengalami kecederaan yang perlu direhatkan.

Selain itu, United turut kehilangan pertahanan seperti Phil Jones, Luke Shaw dan Antonio Valencia akibat kecederaan.

Dalam perlawanan terakhir pada Isnin lalu, Varela berjaya membantu skuad bawah 21 tahun United menewaskan Liverpool.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Real Madrid

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan