Rasuah: Naib Presiden Fifa, Napout, Hawit Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2015 12:12 AM

(Ubah saiz teks)

ZURICH: Naib Presiden Fifa, Juan Angel Napout dan Alfredo Hawit ditahan pada Khamis kerana disyaki terlibat skandal rasuah sukan bola sepak.

Kedua-duanya menentang ekstradisi ke Amerika Syarikat (AS), menurut kenyatan Kementerian Kehakiman Switzerland.

Beberapa jam kemudian, polis negara itu melakukan serbuan di sebuah hotel mewah di bandaraya ini, lokasi sama di mana penahanan melibatkan kegiatan rasuah badan berkenaan pada 27 Mei lalu.

"Menurut Amerika Syrikat, mereka disyaki menerima rasuah jutaan dolar.

"Ada kesalahan di mana bayaran dilakukan menggunakan bank di negara berkenaan," kata kementerian itu lagi.

Skandal rasuah itu berkaitan hak pemasaran Copa America termasuk tuan rumah pada 2016 di AS dan juga perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Napout dari Paraguay adalah Presiden Persekutuan Amerika Serlatan, manakala Hawit dari Honduras menerajui badan dikenali sebagai CONCACAF di Amerika Utara.

Jawatankuasa Eksekutif Fifa, Fernando Sarney dari Brazil berkata, penahanan itu adalah petanda kesungguhan pihak berkuasa untuk menangani gejala rasuah.


Tags / Kata Kunci: Fifa , Napout , Hawit

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan