Rahmad Darmawan Janji Beri Nafas Baharu Kepada T-Team

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 7:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jurulatih baharu T-Team dari Indonesia, Rahmad Darmawan berjanji akan memberi nafas baharu dalam menemudi pasukannya mengharungi saingan Liga Perdana musim depan.

Bekas jurulatih pasukan bawah 23 tahun Indonesia itu berkata beliau begitu terharu kerana T-Team telah memberi kepercayaan sepenuhnya untuk beliau membimbing pasukan The Titans.

"Ini satu kebanggaan bagi saya dan saya sangat hormat kepada T-Team kerana merealisasikan impian saya untuk melatih pasukan di Malaysia (Terengganu)," katanya pada sidang media memperkenalkan jurulatih baharu di sini, Khamis.

Turut hadir penolong jurulatih Satia Bagdja Ijatna dan jurulatih kecergasan Rosiman S, kedua-dua juga dari Indonesia.

Menurut Rahmad, Malaysia bukan lagi asing baginya kerana beliau pernah beberapa tahun berada di negara ini selain pernah mewakili pasukan Angkatan Tentera Malaysia dalam saingan Liga Super pada 1992.

"Hasrat untuk melatih pasukan T-Team sudah lama berada dalam benak saya, tetapi baharu tahun ini menjadi kenyataan," katanya.

Rahmad berkata beliau akan cuba memberi nafas baharu dengan membawa kejayaan untuk membalas kepercayaan dan penghormatan yang diberikan oleh pengurusan T-Team.

Katanya, penghijrahan beliau ke Malaysia itu bukan sahaja untuk  mengembangkan kerjaya, malah untuk menambah pengalaman di luar negara.

"Saya pilih T-Team kerana T-Team benar-benar serius dan tidak putus-putus berhubung dengan saya sejak sekian lama. Akan tetapi terbantut kerana majikan saya tidak melepaskan," katanya.

Rahmad berkata beliau akan cuba membawa T-Team naik ke dalam saingan Liga Super apabila bertemu ATM dalam perlawanan 'play-off' pada 31 Januari tahun depan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: T-Team , Rahmad Darmawan , Liga Perdana

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan