Kedah Bangkit Ikat Felda United Pada Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 12:35 AM

Pemain Felda United Fernandes Thiago Augusto (kanan) menjaringkan gol ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2015 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Rabu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara Liga Perdana, Kedah bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali sebelum berjaya mengikat Felda United 2-2 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Rabu malam.

Keputusan seri itu, nyata memberi kelebihan kepada skuad Helang Merah yang membawa dua gol dari tempat lawan, menjelang aksi timbal balik menentang Felda United di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Ahad ini.

Pada aksi Rabu malam, Thiago Augusto Fernandes meletakkan Felda United di hadapan pada minit ke-13, namun kedudukan berkenaan tidak bertahan lama apabila Sandro Da Silva menanduk masuk gol penyamaan untuk Kedah pada minit ke-37.

Gol Sandro itu mendapat bantahan daripada pemain Felda United setelah mereka mendakwa bola berkenaan belum melintasi garisan gol, namun pengadil Mohd Zohri Tajudin membenarkan gol tersebut, selepas mendapatkan pandangan daripada penolong pengadil satu, M. Sivanesan.

Thiago sekali lagi bertindak cemerlang meledak gol peribadi kedua pada minit ke-54 setelah memanfaatkan hantaran Zah Rahan Krangar, sebelum penyerang import dari Nigeria, Chidi Edeh menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat, selang lapan minit kemudian.

Keputusan seri 2-2 itu kekal sehingga berakhir perlawanan berkenaan. 

Terdahulu, pemain dan barisan kejurulatihan kedua-dua pasukan bertafakur selama seminit sebagai menghormati kemangkatan Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86, di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada 29 November lepas, akibat kegeringan.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, juara bertahan Pahang gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah terikat tanpa jaringan ketika berdepan juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Kedua-dua pasukan akan bertemu semula pada aksi timbal balik di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menetapkan final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada 12 Disember ini. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan