Benzema Disingkir Susulan Kes Peras Ugut

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2015 10:46 AM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Penyerang Real Madrid, Karim Benzema yang disiasat atas tuduhan memeras ugut rakan sepasukan melibatkan rakaman video seks tidak akan disenaraikan untuk menyertai skuad bola sepak negara itu.

Arahan terbaharu itu dikeluarkan Perdana Menteri Manuel Valls.

“Sekiranya seorang menteri berdepan siasatan rasmi dia tidak akan berada dalam kerajaan.

“Keadaan yang sama sepatutnya berlaku dalam skuad kebangsaan.

"Tiada sebarang tempat untuk Benzema, atlet yang hebat sepatutnya menjadi menjadi contoh,” katanya ketika ditemubual menerusi stesen radio Perancis, Europe 1.

Benzema disiasat  bulan lalu kerana dikaitkan dengan cubaan memeras ugut penyerang Olympique Lyonnais, Mathieu Valbuena menggunakan video seks.

Kedua-dua pemain digugurkan oleh jurulatih Perancis, Didier Deschamps dalam perlawanan persahabatan menentang Jerman dan England bulan lalu.

Benzema dilarang berhubung dengan sesiapa yang dikaitkan dalam siasatan itu.

Benzema akan membuat kenyataan balas dalam satu wawancara yang akan disiarkan berita nasional Perancis dalam masa terdekat.

Kelab Benzema, Real begitupun terus memberi sokongan terhadap penyerang itu dengan sokongan disuarakan pengurus, Rafael Benitez dan presiden kelab, Florentino Perez. - AP

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan