5 Gol: Lewandowski Terima Empat Anugerah Guinness Book Of Records - Bola Sepak | mStar

5 Gol: Lewandowski Terima Empat Anugerah Guinness Book Of Records

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2015 3:36 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Bayern Munich, Robert Lewandowski menerima empat anugerah daripada Guinness Book of Records bagi mengiktiraf jaringan lima gol terpantas ketika bertemu Wolfsburg September lalu.


Pemain kelahiran Poland itu mula beraksi pada separuh masa kedua, namun berjaya meledak lima gol dalam tempoh lapan minit 59 saat.

Lewandowski kini memegang rekod hatrik terpantas (3 minit, 22s), empat gol terpantas (5m,42s), lima gol terpantas dan menjadi pemain gantian pertama yang menjaringkan lima gol dalam aksi liga Jerman.

“Ia merupakan malam bersejarah buat saya.

“Saya mengambil masa hampir dua minggu untuk mempercayainya, dan keluarga saya sebenarnya yang lebih teruja berbanding saya.”

Bagaimanapun, lima gol ketika beraksi 30 minit gagal memberi peluang kepada Lewandowski untuk menambah gol keenam bagi memadamkan rekod 38 tahun yang dilakukan Dieter Mueller (enam gol dalam satu permainan).

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan