Ibu Mahu Cristiano Ronaldo Pilih Man United - Bola Sepak | mStar

Ibu Mahu Cristiano Ronaldo Pilih Man United

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2015 10:13 AM

(Ubah saiz teks)

IBU Cristiano Ronaldo, Dolores Aveiro mahu anaknya ke Old Trafford jika meninggalkan Real Madrid selepas ini.

Permintaan itu dibuat kerana Dolores bimbang insiden seperti serangan di Paris bulan lalu berulang.

Ronaldo sebelum ini dilapor memilih Paris Saint-Germain (PSG) jika dia meninggalkan Real Madrid walaupun Manchester United mengharapkan kepulangan bintang tersebut.

PSG dikatakan sedia membayar sebanyak £250,000 seminggu selepas ditolak cukai kepada Ronaldo untuk menggantikan Zlatan Ibrahimovich yang akan tamat kontrak pada akhir musim ini.

Dolores turut berharap dengan menetap di Manchester, keselamatan cucunya iaitu anak Ronaldo akan lebih terjamin.


Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan