Felda United Ranapkan Impian JDT Buru Gelaran Juara Treble

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2015 7:49 AM

Pemain Felda United, Zah Rahan Krangar (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan-rakan ketika menentang JDT pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Sabtu malam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Felda United meranapkan impian Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk merangkul kejuaraan ketiga selepas menjuarai Piala AFC dan Liga Super, apabila menyingkir pasukan pilihan dalam kempen Piala Malaysia itu dengan keputusan agregat 3-2.

JDT tersingkir selepas kalah mengejut 1-2 dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia kepada Felda United di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini yang turut meleburkan rekod tanpa kalah JDT di laman sendiri sejak 2013.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan seri 1-1 pada suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selasa lepas.

Pada aksi di Larkin, pemain import dari Liberia, Zah Rahan Krangar muncul wira skuad 'The Fighters' setelah beliau meledak gol kemenangan pada minit ke-76.

Terdahulu, kedua-dua pasukan seri 1-1 dengan Felda United membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Thiago Augusto Fernandes seawal minit keempat perlawanan sebelum Kapten JDT, Safiq Rahim menyamakan kedudukan untuk skuad Harimau Selatan pada minit ke-49.

Sementara itu juara bertahan, Pahang turut mara ke separuh akhir kempen Piala Malaysia selain daripada Felda United, Kedah dan juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor selepas berakhirnya perlawanan suku akhir kedua, malam ini.

Pada aksi di Stadium Jalan Besar, Singapura, pasukan tuan rumah, Lions XII menang 2-0 ke atas Pahang namun gagal menghalang kemaraan skuad Tok Gajah ke peringkat separuh akhir menerusi kekalahan agregat 3-4.

Pahang sebelum ini mencatat kemenangan selesa 4-1 ke atas skuad kendalian Fandi Ahmad itu pada suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Selasa lepas.

Dua gol pasukan Seberang Tambak itu pada aksi malam ini dijaringkan oleh Christopher Van Huizen pada minit ke-11 dan pemain terbaik perlawanan, Muhammad Faris Ramli pada minit ke-19.

Perlawanan malam ini merupakan penampilan terakhir Lions XII dalam saingan bola sepak tempatan setelah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk tidak melanjutkan Memorandum Persefahaman yang ditandatangani bersama Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 2011.

Selangor pula mencatat keputusan seri 1-1 menentang Sarawak di Stadium Shah Alam namun mara ke separuh akhir menerusi keputusan agregat 3-2.

Skuad The Red Giants sebelum ini menang tipis 2-1 ke atas Sarawak pada suku akhir pertama di Stadium Negeri, Kuching, Selasa lepas.

Pada aksi di Shah Alam, Ashri Chuchu meletakkan pasukan pelawat di hadapan menerusi gol pembukaan pada minit ke-22 sebelum penyerang Afiq Azmi menyamakan kedudukan untuk Selangor, selang enam minit kemudian.

Dalam pada itu, juara Liga Perdana, Kedah mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas PKNS FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk mara ke separuh akhir menerusi keputusan agregat 4-2.

Kedua-dua sebelum ini seri 1-1 pada suku akhir pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Tiga gol Kedah dijaringkan oleh Chidi Edeh pada minit ke-29, Sandro Da Silva (minit ke-68) dan Muhd Syafiq Ahmad pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Terdahulu, perlawanan berkenaan dicemari dengan aksi kasar antara kedua-dua pasukan sehingga memaksa pengadil, Samsudin Ibrahim melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan PKNS FC, P. Gunalan yang melakukan terjahan keras ke atas Da Silva pada minit ke-86.

Pemain import Kedah dari Brazil itu dianugerahkan pemain terbaik perlawanan berkenaan.

Pahang dijadual menentang Selangor manakala Felda United berdepan Kedah pada aksi separuh akhir yang menggunakan format timbal balik iaitu pada 2 dan 6 Dis ini.-- Bernama





Tags / Kata Kunci: JDT , Juara Treble , JDT

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan