Man City Sedia Jadikan Pep Guardiola Kekal Pengurus Paling Mahal

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2015 7:46 AM

Pep Guardiola.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City bersedia untuk menjadikan Pep Guardiola sebagai pengurus yang mendapat bayaran paling mahal di dunia sekiranya beliau bersetuju untuk menyertai kelab itu pada musim depan.

Mail Online melaporkan kelab bola sepak di Stadium Etihad itu bersedia membayar pengurus Bayen Munich itu sebanyak £13.2 juta  (RM84.69 juta) yang diperoleh Jose Mourinho di Chelsea setahun.

Ketika ini, Guardiola menduduki tangga teratas sebagai pengurus dengan bayaran paling mahal diikuti Mourinho.

Bayaran itu termasuk bonus dan tawaran penajaan sebagai rancangan jangka panjang kelab berkenaan.

Masa depan Guardiola di Bavaria menjadi perhatian sejak sehari lalu berikutan laporan mengenai pengurus tersebut telah pun memutuskan untuk meninggalkan Bayern Munich bagi menyertai Manchester Citu pada musim depan.

Bayern Munich tidak mengharapkan Guardiola yang akan melanjutkan kontraknya yang bakal berakhir menerusi rundingan berhubung tawaran baharu yang dijangka dibuka bulan depan.

Malah, timbul cakap-cakap bahawa perkhabaran mengenai peralihan Guardiola ke Manchester City merupakan medium tawar-menawar dalam rundingan kontrak tersebut.

Jika pengurus kelahiran Sepanyol itu meninggalkan Bayern Munich untuk Manchester City, bayaran yang bakal diperolehinya pastinya cukup tinggi.

Ini termasuk tajaan secara peribadi Guardiola yang dilaporkan sebanyak £11.2 juta (RM71.85 juta) setahun di Allianz Arena.

Bagaimanapun, Guardiola akan memastikan pendapatannya akan naik mendadak sekiranya beliau bersetuju untuk menggantikan pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini pada musim panas depan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan