Kolo Toure Masih Belum Mahu Bersara

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2015 8:22 AM

Kolo Toure.

(Ubah saiz teks)

PENGAKUAN pemain pertahanan Liverpool, Kolo Toure mengakhiri spekulasi mengenai beliau akan bersara selepas musim ini berakhir.

Toure mengakui bahawa beliau masih mahu meneruskan kerjayanya untuk beberapa tahun lagi.

Pemain kelahiran Ivory Coast ini sudah berusia 34 tahun. Walaupun Toure bukan berada dalam kalangan pemain muda, namun Toure enggan untuk menggantungkan kasut bolanya dalam waktu terdekat.

"Tidak, saya tidak merancang untuk bersara pada akhir musim ini. Saya ingin terus bermain bola sepak dan saya mahu menikmati perjalanan ini. Badan saya masih cergas dan saya juga masih dapat bekerja dengan keras," kata Toure yang dipetik sebagai berkata dalam Liverpool Echo.

"Saya masih boleh bermain sehingga empat atau lima tahun lagi. Selagi masih cergas, penyokong dan kelab juga berpuas hati, saya akan tetap bermain. Saya ingin mencipta prestasi yang bagus untuk Liverpool," katanya.

Toure menyertai Liverpool dari Manchester City menerusi perpindahan pada Julai 2013. 

Tags / Kata Kunci: Kolo Toure , Liverpool

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan