City Umpan Messi RM5.12 Juta Seminggu

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2015 12:29 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Impian Manchester City untuk memancing Lionel Messi semakin terserlah apabila pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris itu dikatakan sanggup membayar 800,000 pound (RM5.12 juta) seminggu kepada  bintang penyerang Argentina itu supaya berpindah ke Etihad.

Media Britain, The Sun melaporkan, ejen pemain berusia 28 tahun itu sudah mengadakan rundingan awal dengan City mengenai potensi perpindahannya ke Liga Perdana.

Jika persetujuan dicapai, Messi akan menikmati gaji 40 juta pound (RM256 juta) setahun.

Messi kini menerima gaji mingguan 500,000 pound (RM3.12 juta) di Barcelona dan kontraknya akan berakhir dua tahun lagi. 

Sebelum ini, khabarnya Messi tidak berpuas hati dengan tindakan kelab Catalan itu yang memberi keutamaan kepada pembaharuan kontrak Neymar berbanding dirinya.

Dengan perjanjian baharu bersama stesen televisyen dijangka meningkat pada musim depan, yang dikhabarkan bernilai 150 juta pound (RM962 juta) semusim untuk pemenang Liga Perdana Inggeris, pemilik City berkemampuan menawarkan perjanjian mega.

The Sun turut melaporkan kejayaan menandatangani Messi akan mencerahkan peluang pasukan itu membawa Pep Guardiola ke City sebagai pengurus.

Warga Sepanyol itu kini bersama Bayern Munich, tetapi kontrak baharunya masih belum ditandatangani. Bayern dijangka mengumumkan keputusan itu sebelum Krismas

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan