Persembahan Wayne Rooney Memalukan - Roy Keane

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2015 8:05 AM

Aksi Wayne Rooney ketika perlawanan menentang PSV Eindhoven dalam saingan peringkat kumpulan B Liga Juara-Juara di Old Trafford, awal pagi Khamis.

(Ubah saiz teks)

BEKAS kapten Manchester United, Roy Keane telah menyasarkan persembahan membosankan Wayne Rooney sejak kebelakangan ini selepas seri 0-0 dengan PSV Eindhoven pada Rabu, menyatakan bahawa kapten Red Devils itu kelihatan 'memalukan' di atas padang.

Keputusan seri United itu bermakna mereka dilihat perlu menang perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Wolfsburg dalam Liga Juara-Juara selepas pasukan itu meningkat hanya satu mata daripada dua perlawanan peringkat  kumpulan.

Bercakap di ITV, Keane menyelar persembahan, keadaan dan mental Rooney dengan berkata: "Wayne Rooney kurang ketenangan dan kualiti, tetapi saya fikir dialah yang bersalah berbanding orang lain. Dia perlu melakukan sesuatu.

"Anda melihat warisan Wayne di Old Trafford, ia benar-benar hebat, rekod golnya adalah cemerlang. Tetapi kini dia adalah seorang kapten yang ada banyak tanggungjawab dan saya rasa dia perlu melakukan lebih lagi.

"Saya selalu mempersoalkan pemain-pemain tertentu tentang apa yang mereka buat di luar padang. Minggu lepas saya tengok dia menampar ahli gusti dan saya berfikir: 'Mengapa dia libatkan diri dalam semua benda karut ini? Tak ada manfaat untuknya.

"Ia sudah tentu tidak membantunya. Saya bukan iri hati dia  keluar dan berhibur, tetapi anda perlu menunjukkan sikap kepimpinan yang baik dan menjadi teladan. Dia tidak melakukannya malam ini. Dia nampaknya tidak fokus, dia kelihatan memalukan. Mentalnya tidak kelihatan benar-benar tajam, begitu juga  fizikalnya. Dia perlu melihat kembali diri sendiri. "
Tags / Kata Kunci: Roy Keane , Wayne Rooney , Red Devils

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan