Neymar Diramal Jadi Pemain Terbaik Dunia Tahun Depan

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2015 11:14 AM

Neymar

(Ubah saiz teks)

SAO PAULO: Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi adalah dua pemain terbaik dunia pada waktu ini namun Neymar bakal menyerlah pada tahun depan, kata bekas penyerang Brazil, Ronaldo kepada Reuters.

FIFA akan mengumumkan tiga finalis untuk Anugerah FIFA Ballon d'Or pada Isnin ini dan nama pemain terbaik dunia akan diumumkan pada 11 Januari depan.

Pemain kelahiran Brazil menerima pecalonan terbanyak dalam tempoh 20 tahun lalu dengan Romario, Rivaldo, Ronaldo, Ronaldinho dan Kaka pernah menjulang trofi berkenaan sebanyak lapan kali antara 1994 dan 2007.

Anugerah itu juga sering bertukar tangan antara Ronaldo dan Messi sejak 2008 dengan Ronaldo pernah memenanginya sebanyak tiga kali (2008, 2013 dan 2014) manakala Messi memenangi sebanyak empat kali berturut-turut (2009-2012).

"Saya akan bertaruh untuk Neymar tahun depan.

"Prestasi Neymar akan terus berkembang. Saya fikir Cristiano Ronaldo dan Messi telah mencapai had mereka," katanya.

Tags / Kata Kunci: Neymar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan