Keputusan Ketua Jurulatih Baharu Harimau Malaya Diketahui Awal Januari 2016

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2015 9:30 AM

Abdul Mokhtar Ahmad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan mengenai pengendali baharu skuad Harimau Malaya dijangka diketahui selewat-lewatnya awal Januari 2016, kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.

Beliau yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Khas FAM berkata, badan induk itu masih meneliti hampir 70 permohonan untuk mengisi 'kerusi panas' berkenaan.

"Kita sudah putuskan (pegawai teknikal) dalam panel pemilihan namun Pasukan Petugas Khas mempunyai kuasa untuk menambah keanggotaan dalam panel berkenaan sekiranya perlu," katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang dipengerusikan oleh Presiden badan induk itu Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini, malam tadi.

"Kita berharap tangga gaji yang diminta oleh jurulatih baharu yang bakal dilantik nanti selari dengan kemampuan kewangan FAM," jelas Abdul Mokhtar.

Jawatan berkenaan kosong selepas Dollah Salleh meletak jawatan susulan kekalahan memalukan 0-10 Malaysia kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan ketiga Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi, UAE, 3 September lepas.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, panel pemilihan khas badan induk itu bakal menemuduga tiga calon yang disenarai pendek untuk jawatan Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) negara yang baharu pada 1 Disember ini.

Beliau berkata, panel pemilihan berkenaan akan membuat penilaian rapi terhadap ketiga-tiga calon berkenaan sebelum Pasukan Petugas Khas membuat keputusan muktamad mengenai individu yang layak untuk mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini disandang oleh pengendali sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee.

Panel berkenaan terdiri daripada tiga wakil Majlis Sukan Negara (MSN), Timbalan Pengerusi Pasukan Petugas Khas FAM Datuk Mohd Junid Mohd Noor, Pengarah Teknikal FAM Fritz Schmid dan bekas jurulatih negara B. Sathianathan.

"Saya tidak boleh mendedahkan nama tiga calon berkenaan kerana panel pemilihan sedang meneliti latar belakang calon yang disenarai pendek itu," kata Afandi.

FAM membuat keputusan mencari jurulatih baharu skuad B-23 berikutan prestasi buruk pasukan berkenaan dalam beberapa kejohanan terutama pada Sukan SEA 2015 di Singapura yang berlangsung pada Jun, apabila Malaysia menamatkan kempen setakat di peringkat kumpulan. -- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan