Gary Michael Dilantik Jurulatih Negeri Sembilan

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 12:03 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS)  mengumumkan pemilihan bekas jurulatih Sabah dari tahun 2009 hingga 2011 sebagai ketua jurulatih skuad Negeri Sembilan yang baharu bagi menghadapi saingan Liga Perdana musim depan.

Gary Michael Philips, jurulatih berpengalaman berusia 52 tahun dari Australia itu dipilih menggantikan pengendali tempatan sebelum ini, K. Devan.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan pada majlis menandatangani kontrak ketua jurulatih itu di sini malam Isnin.

Bercakap kepada pemberita, Mohamad berkata Gary sudah memulakan tugasnya dan beliau tidak asing dalam liga bola sepak tempatan dan pasti mampu membawa perubahan kepada skuad Negeri Sembilan.

Mohamad yang juga Presiden PBNS berkata pengalaman pengendali itu yang sebelum ini turut menjadi pengendali pasukan bola sepak wanita Papua New Guinea pasti ditagih di mana Negeri Sembilan mensasarkan untuk kembali beraksi di Liga Super musim 2017.

"Ini bermakna skuad Hobin Jang Hobin perlu menduduki dua tangga teratas carta Liga Perdana musim 2016 bagi merealisasikan sasaran berkenaan. Saya mengharapkan kebangkitan skuad Negeri Sembilan musim depan.

"Selain skuad Liga Perdana, Gary juga diberi tanggungjawab membimbing skuad  Piala Presiden dan belia Negeri Sembilan. Kontrak Gary bersama skuad Negeri Sembilan ialah selama setahun," katanya.

Mengenai pemain skuad Liga Perdana, beliau berkata pemilihan pemain masih berjalan menerusi beberapa siri perlawanan persahabatan yang diatur.

"Kita telah senarai pendek pemilihan pemain daripada 45 orang kepada lebih 30 orang setakat ini. Sekarang kita hendak memilih 23 orang pemain sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain pada 14 Feb 2016.

"Ada beberapa posisi yang penting yang perlu kita beri penekanan untuk dimantapkan. Jadi, kita akan terus mencuba pemain-pemain untuk mengisi posisi berkenaan. Kita masih lagi membuka pintu kita kepada pemain yang berminat untuk menyertai Negeri Sembilan," katanya.

Sementara itu, Gary menganggap penyertaannya dalam pasukan Negeri Sembilan sebagai satu cabaran untuk membawa pasukan itu mencapai sasarannya kembali beraksi di Liga Super musim 2017.

"Ia satu kebanggaan dapat membimbing pasukan Negeri Sembilan. Saya akan berusaha untuk merealisasikan sasaran mereka itu. Saya tahu ia bukan perkara mudah, tetapi dengan sokongan semua pihak saya yakin kita boleh lakukan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Negeri Sembilan , PBNS

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan