Tewas 4-1 Kepada Liverpool, Pellegrini Akui Aksi City Seperti Malapetaka - Bola Sepak | mStar

Tewas 4-1 Kepada Liverpool, Pellegrini Akui Aksi City Seperti Malapetaka

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2015 9:09 AM

(Ubah saiz teks)

MANUEL Pellegrini mengakui prestasi Manchester City  seperti satu malapetaka yang membuatkan dia lebih daripada marah pada selepas tewas 4-1 kepada Liverpool di laman sendiri pada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi Ahad.

Kebiasaannya pengendali kelahiran Chile itu lebih bersikap tenang , namun ia kali ini intonasinya kedengaran lebih keras, apabila menyaksikan skuadnya jatuh ke tangga ketiga liga di belakang Leicester City dan Manchester United.

"Saya lebih daripada marah, ia satu prestasi yang sukar dipercayai. 

"Saya tidak pernah melihat pasukan ini bermain seperti yang ditunjukkan malam ini. Ia sesuatu yang dasyat, keseluruhan skuad," katanya.

Gol jaringan sendiri oleh Eliaquim Mangala diikuti dengan jaringan Philippe Coutinho dan Roberto Firmino menjadikan City ketinggalan tiga gol pada separuh masa pertama, yang menyaksikan kali pertama mereka mencatat keputusan itu sejak Februari 2003.

City hanya meraih jaringan tunggal menerusi Sergio Aguero yang baharu pulih daripada kecederaan, sebelum Martin Skrtel melengkapkan gol keempat The Reds.

"Saya tidak faham mengapa kami perlu teruk seperti itu, dengan semua posisi termasuk  bahagian serangan dan juga pertahanan.

"Saya rasa kami tidak bersedia, kami gagal dalam mengawal bola di bahagian serangan sekaligus gagal mencipta sebarang peluang gol, kami  kalah dengan empat gol," tambahnya.

Dalam masa sama Pellgrini enggan bercakap mengenai prestasi Raheem Sterling pada penampilan pertamanya.

"Saya tidak mahu bercakap mengenai seorang pemain. Perkara ini kadang-kala situasi ini memang berlaku dalam bola sepak, kenapa kami bermain dengan teru hari ini. Dan sebab itulah saya tidak mahu bercakap mengenai seorang pemain atau sistem taktikal".

Tags / Kata Kunci: Manchester City , Manuel Pellegrini
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan