Jurulatih Perlu Bijak Terima Kritikan Untuk Baiki Prestasi - Mokhtar

Diterbitkan: Sabtu, 21 November 2015 6:32 PM

Abdul Mokhtar Ahmad memberi ucapan perasmian ketika majlis Bengkel 'Hala Tuju Bola Sepak Negara' di Wisma FAM pada Sabtu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurulatih bola sepak perlu bijak menerima kritikan daripada rakan seperjuangan dan peminat tanah air serta menjadikannya sebagai cabaran untuk memperbaiki prestasi diri dan pasukan. 

Timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata, setiap kritikan yang diberikan harus diterima dengan terbuka bagi memastikan perubahan positif dapat dilakukan.

"Saya sedar jurulatih ada etika dan fahaman yang berbeza untuk mengendalikan pasukan mereka. Anda tidak sepatutnya mengkritik rakan seperjuangan tapi jika terdapat kritikan, terima dengan hati yang lapang.

"Mereka yang kritik itu mesti ada sebab tertentu buat begitu. Kita kena buktikan kepada pengkritik bahawa jurulatih tempatan mampu berada setanding dan disegani di peringkat serantau," katanya ketika berucap pada bengkel Hala Tuju Bola Sepak Malaysia, di sini Sabtu.

Abdul Mokhtar turut merasmikan bengkel anjuran Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) yang dihadiri lebih 30 jurulatih tempatan dari seluruh negara.

Sementara itu Presiden (PJBM), B.Sathianathan selepas majlis perasmian berkata, beliau agak kecewa dengan penyertaan kurang memberansangkan daripada jurulatih-jurulatih tempatan.

Katanya, sebagai jurulatih, bengkel tersebut menjadi medan untuk mereka memberi dan mengumpul pendapat bagi tujuan membangunkan prestasi bola sepak Malaysia.

"Pada bengkel yang julung kali dianjurkan ini, kita akan membincangkan lima tajuk utama iaitu pemilihan kejurulatihan, pembangunan bola sepak dari akar umbi, penggunaan sains sukan dalam bola sepak, pertandingan dari peringkat akar umbi hingga remaja serta input jurulatih kepada pemain.

"Di sini juga kita boleh memperbaiki ilmu kejurulatihan. Selepas idea-idea dikumpul kita akan serahkan idea tersebut kepada jawatankuasa Pasukan Petugas FAM untuk dipanjangkan," katanya.

Sathianathan juga berhasrat untuk bekerjasama dengan FAM untuk meletakkan syarat yang mewajibkan setiap jurulatih memiliki lesen yang dikeluarkan badan induk itu.

Tambahnya, PJBM dijadual akan mengadakan satu simposium jurulatih antarabangsa pada Februari tahun hadapan yang akan dihadiri kesemua jurulatih tempatan dan jurulatih luar negara yang berkhidmat dalam Liga Malaysia. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Abdul Mokhtar Ahmad , FAM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan