FAM Belum Pilih Jurulatih Harimau Malaya

Diterbitkan: Sabtu, 21 November 2015 1:56 PM

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Abdul Mokhtar Ahmad beramah mesra dengan jurulatih- jurulatih Bola Sepak Malaysia ketika majlis Bengkel 'Hala Tuju Bola Sepak Negara' di Wisma FAM pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pasukan Petugas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum menerima laporan dari panel pemilihan khas berhubung senarai pendek calon untuk jawatan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata panel pemilihan khas itu masih belum mengadakan sebarang mesyuarat berhubung pemilihan tersebut.

"Senarai pendek calon untuk pemilihan jawatan tersebut masih belum ada. Saya ada dengar bisikan yang mengatakan, lambat sikit tapi ia akan diumumkan sebelum masuk tahun baharu.

"Apa yang boleh saya kaji balik ialah macam mana nak pendekkan masa pemilihan tersebut. Itu kita akan jumpa orang pengurusan dalam jawatankuasa dan jabatan teknikal untuk mempercepatkan proses pemilihan," katanya selepas merasmikan bengkel Hala Tuju Bola Sepak Malaysia, pada Sabtu.

Bengkel anjuran Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) di Wisma FAM itu dihadiri lebih 30 jurulatih tempatan dari seluruh negera.

Abdul Mokhtar berkata panel pemilihan khas akan menilai latar belakang 15 calon yang memohon jawatan itu sebelum menyerahkan hasil penilaian kepada jawatankuasa tersebut dan keputusan akhir akan dilakukan oleh pihak FAM.

Panel pemilihan khas itu terdiri daripada enam individu termasuk tiga wakil Majlis Sukan Negara (MSN), timbalan pengerusi jawatankuasa pasukan petugas Datuk Mohd Junid Mohd Noor, bekas jurulatih kebangsaan B. Sathianathan dan Pengarah Teknikal FAM Fritz Schmid.

Media sebelum ini melaporkan jawatan ketua jurulatih kebangsaan yang kini disandang sementara oleh ketua jurulatih skuad B-23, Datuk Ong Kim Swee akandiketahui pada 30 Okt lepas.

Kim Swee dilantik oleh FAM bagi mengendalikan sementara skuad Harimau Malaya bagi baki lima perlawanan Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bermula dengan perlawanan keempat menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam, 8 Sept lepas.

Jawatan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya kosong setelah Dollah Salleh meletak jawatan susulan kekalahan memalukan 0-10 Malaysia kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan ketiga Kumpulan A pusingan kelayakan di Abu Dhabi, UAE, 3 Sept lepas.

Tags / Kata Kunci: FAM

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan