Dollah Salleh Bakal Dilantik Jurulatih Perlis

Diterbitkan: Sabtu, 21 November 2015 10:34 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas ketua jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh bakal kembali menggalas cabaran dalam saingan Liga Malaysia tahun dengan membimbing pasukan Perlis yang beraksi untuk Liga Perdana.

"Hampir disahkan...hanya akan menandatangani kontrak," jelas Dollah.

Jurulatih berusia 52 tahun itu meletak jawatan sebagai jurulatih kebangsaan pada 4 September lalu apabila pasukan Malaysia tewas 10-0 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam saingan kelayakan Piala Dunia/ Piala Asia di Abu Dhabi.

"Saya letak jawatan daripada skuad kebangsaan, tetapi tidak bererti berhenti sebagai jurlatih. Saya masih berminat dan perlis merupakan cabaran baru.

"Saya pernah bekerja dalam pasukan Liga Perdana sebelum ini dan saya tahu apa yang diperlukan Perlis ketika ini," jelasnya.

Dollah yang bersara sebagai pemain kebangsaan pada 1998 pernah membawa empat pasukan Liga Perdana ke Liga Super dan antaranya ialah pasukan MPPJ (2004), Selangor (2005), Pahang (2012) dan PDRM (2014).

Pada 2013, beliau berjaya membawa Pahang menjuarai Piala Malaysia dan kejayaan terbaiknya ialah memimpin Selangor bergelar juara treble pada 2005.

Melaka dan Perlis yang beraksi dalam saingan Piala FAM merupakan pasukan yang berjaya mendaki Liga Perdana untuk tahun depan.

Tags / Kata Kunci: Perlis , Dollah Salleh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan