Pengadil Tolak Jersi Pemberian Neymar

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

SAO PAOLO: Kebiasaannya, sesiapa saja pasti tidak akan menolak jersi pemberian mana-mana bintang bola sepak dunia.

Apalagi jika jersi tersebut dihulurkan sendiri oleh bintang bola sepak Brazil, Neymar.

Sudah pasti, ramai sanggup berebut untuk mendapatkannya.

Namun berbeza sekali dengan pengadil dari Colombia, Jose Hernando Buitrago.

Selepas berakhirnya perlawanan Brazil menentang Peru di sini, pada Selasa, pengadil berusia 45 tahun itu antara yang bertuah kerana menerima baju daripada Neymar.

Namun Buitrago bertindak menolak pemberian bintang Barcelona itu.

Neymar beraksi selama 90 minit dalam perlawanan tersebut dan dilayangkan satu kad kuning pada babak pertama.

Kapten Brazil itu menghampiri Buitrago dan pembantu pengadil sebelum memberikan bajunya.

Namun pengadil itu kekal profesional apabila sekadar menggeleng kepala dan meletakkan kedua-dua tangannya di belakang.

Neymar bagaimanapun sekadar tersenyum dan berlalu pergi.

Pemain berusia 23 tahun itu mempamerkan prestasi cemerlang bersama Barcelona musim ini dengan menjaringkan 13 gol menerusi 14 perlawanan. 


Tags / Kata Kunci: Neymar , Brazil , pengadil , jersi

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan