Perkataan "Bodoh Sombong, Ego" Satu Penghinaan - PJBM

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 10:00 AM

B. Sathianathan

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Barisan jurulatih bola sepak Malaysia mendakwa terhina dengan kenyataan  Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak (PPBN), Lim Teong Kim yang menyifatkan mereka sebagai bodoh sombong.



Kekecewaan itu diluahkan oleh Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) B. Sathianathan yang turut menyifatkan bahawa kenyataan itu terlalu keras dan tidak wajar dikeluarkan.

Jelasnya, pandangan yang dibuat oleh Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak (PPBN), Lim Teong Kim (video terbitan mStar Online pada 18 November - Pendapat Lim Teong Kim tentang kemampuan dan pengalaman jurulatih bola sepak tempatan) dikatakan amat tidak menyenangkan semua ahli PBJM.

“Kami mengalu-alukan apa yang beliau lakukan dalam pembangunan bola sepak negara. Namun apa yang beliau nyatakan itu kurang menyenangkan.

“Di mana letaknya etika beliau sebagai jurulatih dan sebagai jurulatih yang hebat, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya mengeji dan menghina jurulatih-jurulatih negara, tempat kelahiran beliau sendiri,” jelasnya selepas mesyuarat bersama ahli-ahli PJBM lewat malam Rabu.

Bekas pengendali skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu berkata, sepatutnya Teong Kim perlu berjumpa dengan pihak PBJM untuk berbincang mengenai bola sepak dan bukannya membuat kenyataan tidak berhemah.

“Sejarah telah membuktikan kejayaan pasukan Malaysia di peringkat antarabangsa ini dibuat oleh jurulatih tempatan seperti menjuarai Piala Suzuki AFF (Datuk K. Rajagobal) dan pingat emas Sukan SEA (Datuk Ong Kim Swee).

“Kita mesti menghormati semua jurulatih. Sebagai pengarah PPBN, beliau wajar mengutarakan pandangan rasmi melalui saluran rasmi PJBM.

“Saya memohon agar beliau segera mendaftarkan diri sebagai ahli PBJM agar boleh mencurahkan khidmat bakti melalui saluran yang tepat.

“Nak mengutuk, mengeji jurulatih tempatan itu bukanlah satu petanda positif. Kenyataan beliau amat dipandang serius oleh PJBM demi pembangunan bola sepak negara,” jelasnya sambil memohon Teong Kim perbetulkan pandangannya itu.

PPBN yang menerima sentuhan bekas penolong jurulatih kelab remaja Bayern Munich sejak tahun lalu menjadi harapan peminat-peminat bola sepak negara untuk melihat perubahan dalam sukan ini pada masa depan selepas prestasi suram skuad bola sepak kebangsaan sejak kebelakangan ini.

Kejayaan barisan muda PPBN Bawah 13 Tahun di peringkat antarabangsa seperti Juara Piala Iber di Sepanyol September lalu serta prestasi cemerlang pada Jelajah UK sedikit sebanyak memberi cerita berlainan mengenai bola sepak negara.




Tags / Kata Kunci: Lim Teong Kim , PJBM , B. Sathianathan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan