Garde Akui Takut Apabila Anak Gadisnya Berada Di Paris

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 10:17 PM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Aston Villa, Remy Garde mengakui terlalu ‘takut’ selepas mengetahui anak gadisnya  berada di Paris ketika berlaku serangan pengganas Jumaat malam lalu.


Selepas mengetahui kejadian tersebut, Garde terus pulang ke Perancis yang huru-hara diserang militan pengganas di Paris.

Malah Garde turut mendedahkan kesukaran untuk mendapatkan khidmat teksi untuk pulang ke rumahnya di Lyon.

“Ketika dalam perjalanan pulang, saya ada mendengar berita radio teksi melaporkan ada letupan bom di luar stadium yang berlangsungnya perlawanan persahabatan di antara Perancis dengan Jerman.

“Ketika sampai di rumah diberitahu anak gadis saya berada di Paris. Saya tidak tahu perkara itu.

“Saya begitu takut dengan situasi itu, namun selepas dua jam saya dapat menghubungi dan semuanya OK. Semua orang di Perancis mempunyai saudara mara di Paris dan sudah tentu kejadian itu amat menakutkan. Ia saat yang sukar.

“Saya sedikit lega apabila mengetahui anak saya selamat, tetapi selepas melihat apa yang berlaku, ia seperti mimpi yang sangat mengerikan.

“Anak saya tidak berada berdekatan dengan kawasan kejadian. Keluarga saya semuanya berada dalam keadaan baik tetapi perasaan tidak tenang tetap bermain di hati kami setiap kali mendengar berita serangan itu," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Remi Garde , Perancis , Aston Villa

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan