Putera Ali Optimis Menang Kerusi Presiden FIFA

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 9:26 AM

Putera Ali Al-Hussein.

(Ubah saiz teks)

PUTERA Jordan, Putera Ali Al-Hussein menaruh keyakinan tinggi akan memenangi pemilihan Presiden FIFA pada Februari tahun depan.

Putera Ali antara lima individu yang akan merebut kerusi panas bagi menggantikan Sepp Blatter.

Beliau memberitahu pemberita di London bahawa dirinya lebih optimis untuk mencatatkan keputusan lebih baik berbanding pemilihan pada Mei lalu.

Pada pemilihan itu beliau tewas kepada Blatter dengan 133-73 undi pada Kongres FIFA di Zurich.

"Saya yakin boleh menang pemilihan ini kerana saya percaya saya ada idea terbaik untuk masa depan FIFA. Saya menaruh kepercayaan penuh dan yakin terhadap badan pentadbiran bola sepak dunia ini," katanya.

Landskap pemilihan pada Februari ini kelihatan berbeza berbanding Mei lalu yang diadakan selama dua hari selepas polis menyerbu perwakilan FIFA dan beberapa pegawai mereka di sebuah hotel di Zurich.

Ia mencetuskan krisis terbesar dalam sejarah 111 tahun penubuhan FIFA.

Blatter yang meletak jawatan empat hari selepas dipilih semula kini digantung daripada jawatannya.

Selain Putera Ali, bekas pegawai FIFA, Jerome Champagne (Perancis), Setiausaha Agung FIGA, Swiss Gianni Infantino, ahli perniagaan Afrika Selatan, Tokyo Sexwale dan Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia, Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa dari Bahrain turut bertanding untuk jawatan itu.

Pemilihan akan diadakan pada 26 Februari di Zurich.

Tags / Kata Kunci: Putera Ali , FIFA , presiden

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan