Pesuruhjaya Sukan Sudah Sedia Umum Hukuman Terhadap FAM

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 10:00 PM

Datuk Zaiton Othman

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pesuruhjaya Sukan Datuk Zaiton Othman sudah bersedia dan memuktamadkan hukuman yang bakal dikenakan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun masih berteka-teki bila beliau mahu mengumumkannya.

Katanya keputusan itu hanya akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

"Apa yang saya boleh katakan semua sudah siap hanya tunggu masa sahaja.

"Saya tidak mahu kata yang saya akan umum minggu depan tapi saya akan umum dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui Bernama selepas hadir menyaksikan acara tenpin boling temasya Sukan Perkhidmatan Awam ASEAN (ACSG) kali pertama di Sunway Mega Lanes, Khamis.

Beliau, yang juga ketua kontinjen Malaysia pada ACSG, turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang acara boling itu.

Zaiton sekali menegaskan bahawa beliau memberi jaminan hukuman yang bakal dikenakan itu tidak akan menjejaskan fungsi badan induk bola sepak negara itu.

Hukuman itu adalah berikutan kekecohan penyokong pada aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada 8 Sept lepas.

Untuk rekod, FAM diberi tempoh 14 hari bermula 9 Sept untuk membalas surat tunjuk sebab kepada Pesuruhjaya Sukan berhubung insiden kekecohan itu dan pada 22 Sept, FAM membalas surat tunjuk sebab berkenaan.

Insiden itu turut menyebabkan badan induk bola sepak dunia, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 5 Okt lepas mengumumkan hukuman denda RM180,000 dan amaran serta memberi kemenangan percuma 3-0 kepada Arab Saudi.

Selain itu, Malaysia turut dihukum bermain satu perlawanan tanpa kehadiran penyokong yang membabitkan perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Shah Alam, pada Selasa lepas.
Tags / Kata Kunci: FAM , Datuk Zaiton Othman

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan