Penyokong Turki 'Boo' Pemain Bertafakur Untuk Mangsa Serangan Paris - Bola Sepak | mStar

Penyokong Turki 'Boo' Pemain Bertafakur Untuk Mangsa Serangan Paris

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2015 9:24 AM

(Ubah saiz teks)

PENYOKONG bola sepak Turki bertindak menyorak 'boo' ketika ketika pemain bertafakur selama seminit terhadap mangsa serangan di Paris.

Sebaliknya, penyokong melaungkan 'Allahu Akhbar' sebelum perlawanan persahabatan antara Turki bertemu Greece bermula di Stadium Basaksehir Fatih Terim.

Dalam perlawanan itu, Turki dan Greece terikat 0-0 sehingga perlawanan tamat.

Media barat menyifatkan tindakan penyokong Turki sebagai biadap dan tidak menghormati Greece serta Perancis.

Bagaimanapun, penyokong pula menganggap kejadian itu merupakan insiden kecil berbanding yang dilakukan negara barat terhadap negara Islam lain.

Tiada kejadian tidak diingini atau kekerasan ditimbulkan penyokong sehingga perlawanan tamat.

Perlawanan itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras dan Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu.

Tags / Kata Kunci: Turki , Perancis
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan