Kim Swee Lega Aksi Matang Harimau Malaya, Tewas 1-2 Kepada UAE

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2015 12:16 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pasukan Malaysia berjaya mempamerkan aksi matang mengekang serangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) walaupun tewas 1-2 pada aksi Kelayakan Kumpulan A Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Shah Alam pada Selasa malam.


Pertemuan kedua Harimau Malaya dengan UAE dalam saingan kelayakan ini selepas dibelasah 10-0 Di Abu Dhabi pada September lalu menunjukkan corak permainan yang lebih teratur biarpun masih dihantui perasaan fobia dengan kekalahan besar itu.

Pasukan UAE hanya menjaringkan satu gol pada separuh masa pertama melalui Omar Abdulrahman pada minit ke-21.

Ternyata keadaan padang yang basah akibat hujan lebat lewat petang Selasa memperlahankan rentak anak buah Mahdi Ali itu.

Sementara itu, aksi babak kedua tidak banyak perubahan yang dipamerkan pasukan pelawat, namun Ahmed Khalil berjaya menambah jaringan pada minit ke-52 selepas menerima hantaran daripada Omar.

Bagaimanapun, skuad Datuk Ong Kim Swee mengekalkan aksi konsisten permainan seperti babak pertama dan menggunakan peluang sepakan percuma dengan baik melalui jaringan Baddrol Bakhtiar hasil sepakan perancang utama yang juga kapten negara, Safiq Rahim pada minit ke-58.

Kedudukan 1-2 kekal sehingga wisel penamat oleh pengadil perlawanan dari Jepun, Masaaki Toma.

Sementara itu, jurulatih sementara kebangsaan, Kim Swee ternyata berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan pemain-pemainnya.

“Sudah tentu pemain-pemain lebih berdisiplin danmengikut arahan. Mereka juga menunjukkan satu semangat juang yang tinggi.

“Kita tahu UAE sebuah pasukan yang bagus dan mereka datang ke sini dengan 20 jaringan. Kita tewas dengan corak dan taktikal yang dapat diterima,” jelasnya selepas selepas perlawanan.

Dalam pada itu, terasa sedikit janggal apabila keadaan stadium sepi tanpa sorakan penyokong-penyokong Harimau Malaya gara-gara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dikenakan denda oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas tindakan liar penyokong ketika aksi Arab Saudi September lalu.

Selain itu, aksi ini merupakan perlawanan terakhir peringkat antarabangsa skuad negara pada tahun ini, namun masih mempunyai baki satu perlawanan kumpulan pada 26 Mac 2016 bertemu Arab Saudi.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan