England-Perancis: Putera William Bakal Hadir Ke Stadium Wembley - Bola Sepak | mStar

England-Perancis: Putera William Bakal Hadir Ke Stadium Wembley

Diterbitkan: Selasa, 17 November 2015 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

PUTERA William dijangka hadir ke Stadium Wembley bagi menyaksikan perlawanan persahabatan di antara England dan Perancis, dan Kensington Palace telah mengesahkannya.

Menurut sumber, Duke Of Cambrige yang juga merupakan presiden Persatuan Bola Sepak England (FA) memutuskan untuk hadir ke perlawanan tersebut demi 'tanggungjawab perpaduan untuk rakyat Perancis'.

Dalam masa sama,  sistem keselamatan di stadium akan diketatkan lagi berikutan serangan pengganas yang meragut 129 nyawa di Paris pada Jumaat lalu.

Perlawanan England-Perancis bakal berlangsung pukul 4 pagi Rabu (waktu tempatan).

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan