Lim Teong Kim Buka Rahsia Program Pembangunan Bola Sepak Negara - Bola Sepak | mStar

Lim Teong Kim Buka Rahsia Program Pembangunan Bola Sepak Negara

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2015 8:41 AM

(Ubah saiz teks)

PENGARAH Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim mendedahkan bahawa pemain-pemain muda yang terpilih menyertai projek DNA bola sepak negara ini mempunyai prestasi yang baik.

Mengulas mengenai pemain-pemain Bawah 13 Tahun yang berpeluang mengikuti beberapa program jelajah di luar negara, Teong Kim, 52, mengakui mereka menghadapi masalah kompleks rendah diri.

Teong Kim juga mendedahkan kejayaan seseorang pemain bukan sahaja bergantung kepada kemahiran, tetapi perlu ada etika dan kalau ada hanya kemahiran tetapi tidak ada sifat-sifat tersebut, seseorang pemain itu tidak akan berjaya seperti pemain terbaik Eropah.

Mengambil contoh sikap dan etika pemain Jerman, Thomas Mueller yang pernah dilatihnya ketika menjadi penolong jurulatih di kelab remaja Bayern Munich sebelum ini, Teong Kim mendedahkan kejayaan pemain berusia 26 tahun disebabkan mempunyai etika kerja yang  baik.

Tags / Kata Kunci: PPBN , FAM , Thomas Muller
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan