Kemenangan Perancis Ke Atas Jerman Dicemari Serangan Maut

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2015 7:16 AM

Penyokong Perancis dan Jerman berkumpul di dalam padang selepas insiden letupan berhampiran Stadium Stade de France.

(Ubah saiz teks)

PERANCIS mengejutkan Jerman 2-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa namun perlawanan tersebut dicemari dengan serangan maut berhampiran Stadium Stade de France, awal pagi Sabtu.

Letupan yang berlaku di luar stadium itu menggorbankan tiga individu manakala beberapa lagi cedera parah.

Pasukan tuan rumah bermula dengan cemerlang tetapi Jerman mempunyai beberapa peluang pada babak pertama.

Thomas Muller sepatutnya menemui penyudah berbisa tetapi melakukan sedikit kesilapan.

Rakan pasukan Muller, Mario Gomez turut nyaris menggegar gawang tuan rumah tetapi rembatannya terkena palang.

Polis memantau keadaan di luar stadium.

Perancis bangkit menerusi gol pertama jaringan Giroud pada minit ke-45.

Namun, tindakan menurunkan Andre-Pierre Gignac dari bangku simpanan membuahkan hasil apabila pemain itu menjaringkan gol kedua untuk Perancis.

Belumpun tamat permainan, aksi tersebut dicemari dengan insiden letupan di luar stadium pada babak pertama perlawanan.

Insiden itu menyebabkan para penyokong kedua-dua pasukan tidak dibenarkan keluar dari stadium sehingga wisel penamat dibunyikan.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis, Noel Le Graet berkata, perlawanan itu dicemari dengan insiden letupan berhampiran pintu masuk J.

"Insiden itu menyebabkan tiga maut manakala beberapa lagi cedera. Namun buat masa ini keadaan stadium selamat. Orang ramai boleh keluar dari stadium seperti biasa," katanya.






Tags / Kata Kunci: Perancis , Jerman , persahabatan antrabangsa

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan