Nasib FAM Diketahui Minggu Depan - Pesuruhjaya Sukan

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2015 7:17 PM

Kekecohan yang berlaku di Stadium Shah Alam ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di antara Malaysia dan Arab Saudi pada 9 September lalu.Foto:S.S.KANESAN/The Star)

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Sukan sudah memuktamadkan hukuman yang bakal dikenakan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetapi memberi jaminan ia tidak akan menjejaskan fungsi badan induk bola sepak itu di negara ini.

Datuk Zaiton Othman berkata hukuman itu akan diumumkan minggu depan kerana ia tidak sesuai ketika ini selepas skuad Harimau Malaya baru dimalukan oleh Palestin 6-0 di pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Amman,Jordan, Khamis lepas.

"Dengan kekalahan ini, saya mengambil sedikit masa sebelum mengumumkannya. Jadi saya harap semua pihak bersabar kerana apa yang kita akan umumkan nanti adalah untuk kebaikan semua termasuk pemain, FAM dan rakyat,"katanya.

Zaiton berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Sukan Perkhidmatan Awam (ACS) 2015 yang disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh di sini, Sabtu.

Hukuman itu adalah berikutan kekecohan penyokong pada aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di antara Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, September lepas.

FAM dijangka hanya dikenakan denda dan bukannya digantung kerana ia boleh dianggap sebagai campur tangan kerajaan yang boleh memberi kesan lebih besar kepada bola sepak negara.

Mengikut peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), persatuan bola sepak sesebuah negara boleh digantung sekiranya wujud campur tangan kerajaan seperti yang berlaku ke atas Indonesia dan Kuwait, baru-baru ini.

Untuk rekod, FAM telah diberi tempoh 14 hari bermula 9 September lepas untuk membalas surat tunjuk sebab kepada Pesuruhjaya Sukan berhubung insiden kekecohan pada 8 Sept itu.

Pada 22 September, FAM membalas surat tunjuk sebab berkenaan.

Insiden itu turut menyaksikan FIFA pada 5 Oktober lepas mengumumkan hukuman denda RM180,000 dan amaran serta memberi kemenangan percuma 3-0 kepada Arab Saudi.

Selain itu, Malaysia turut dihukum bermain satu perlawanan tanpa kehadiran penyokong yang membabitkan perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

Tags / Kata Kunci: FAM , Pesuruhjaya Sukan , Datuk Zaiton Othman

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan