Perlawanan Perancis-England Ditangguh Kerana Serangan Pengganas

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2015 8:57 AM

(Ubah saiz teks)

PERLAWANAN persahabatan antara England menentang Perancis di Paris pada Selasa ditangguh berikutan insiden serangan pengganas pada malam Jumaat.

FA England mengesahkan telah meminta perlawanan tersebut ditangguhkan selepas berlaku serangan mengorbankan lebih 100 orang di ibu negara berkenaan.

"Ini adalah kejadian yang sangat serius.

"Jika ada sebarang perubahan mengenai perlawanan pada Selasa kami akan umumkan kemudian.

"Kami masih lagi berhubung dengan Persekutuan Bola Sepak Perancis untuk mengetahui keadaan terkini.

"FA England juga mengucapkan takziah kepada mangsa," menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Tags / Kata Kunci: Perancis , England

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan