Chong Wei Perlu Kekal Konsisten - Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2015 10:32 PM

Khairy (kiri) dan Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain utama badminton negara, Datuk Lee Chong Wei perlu mengekalkan prestasi terbaik agar dapat memberi saingan lebih hebat jika beraksi di Sukan Olimpik Rio de Janeiro tahun hadapan.

Mengulas mengenai kejayaan Chong Wei menewaskan musuh tradisinya, Lin Dan di separuh akhir Siri Super Premier Terbuka China hari ini, Menteri Belia dan SukanKhairy Jamaluddin berkata pemain utama negara itu masih mempunyai keupayaan untuk memberi saingan.

"Cabaran Chong Wei diharap tidak terhenti di situ sahaja, beliau akan bertemu Chen Long pula selepas ini. Bagaimanapun, Chong Wei membuktikan beliau masih lagi mempunyai keupayaan menewaskan Lin Dan. 

"Cuma saya berharap, beliau dapat kekalkan tahap permainan dan tingkatkan lagi prestasi sebelum ke Sukan Olimpik yang akan menjadi cabaran utama baginya,"katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan logo, maskot dan tema temasya Sukan SEA ke-29 di sini Sabtu malam.

Bekas pemain nombor satu dunia itu menamatkan rentetan lima kekalahan kepada Lin Dan, untuk melangkah ke perlawanan akhir Siri Super Premier Terbuka China di Fuzhou, dengan kemenangan 17-21, 21-19, 21-19 dalam aksi selama 92 minit. 

Chong Wei, 33, yang memburu gelaran keempatnya musim ini dan yang kedua dalam Siri Super selepas Terbuka Perancis bulan lepas, akan berdepan satu lagi tugas berat apabila juara dunia, Chen Long menantinya di final pada Ahad.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan