Beckham Nasihat Ronaldo Tolak Chelsea, Kembali Ke Man United

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2015 9:35 AM

(Ubah saiz teks)

DAVID Beckham meninggalkan Manchester United pada 2003 untuk menyertai Real Madrid. Kemudian dia ke La Galaxy, AC Milan dan Paris Saint-Germain.

Enam tahun kemudian, seorang lagi pemain United yang menyarung jersi nombor tujuh iaitu Cristiano Ronaldo turut ke Real dengan nilai pemindahan sebanyak £80 juta.

Bagaimanapun Beckham menyatakan dalam tempoh berada di kelab lain, dia sentiasa berusaha untuk kembali ke Old Trafford.

"Saya tidak ingin memaksa sesiapa untuk kembali ke United. Tetapi dahulu saya sentiasa berusaha untuk kembali.

"Cristiano Ronaldo merupakan seorang pemain yang disayangi peminat dan dia juga seorang yang sentiasa bekerja keras.

"Semua pemain yang pernah bermain dengannya akan berkata dia bukan sahaja pemain yang hebat tetapi sentiasa bekerja keras," jelasnya.

Beckham memberi nasihat tersebut kepada Ronaldo supaya bintang bola sepak dunia itu menolak pelawaan Chelsea dan kembali ke United.

Hal ini kerana Roman Abramovich kini dilapor sedang berusaha mendapatkan Ronaldo.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Chelsea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan